Hubungi : +6016-7376716 Emel : salam.krtzp@gmail.com

KAWASAN RUKUN TETANGGA ZON PERWIRA
TAMAN UNGKU TUN AMINAH
KAWASAN RUKUN TETANGGA ZON PERWIRA
PENGENALAN
Krt Zon Perwira merupakan sebuah platform komuniti di Taman Ungku Tun Aminah (N.48 Skudai) khusunya kepada penduduk Zon Perwira. Telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional pada tahun 1997 ketika itu dibawah pengelolaan Almarhum Cikgu Sutahar Bin Mori bersama Ahli Jawatankuasanya.
Pada Tahun 2008, tertubuhnya Tabika Perpaduan Zon Perwira dan sebuah bangunan telah dibangunkan bersebelahan Dewan Kegiatan Krt. Tabika ini telah banyak mendapat maklum balas positif daripada Ibubapa yang merupakan penduduk sekitar Taman Ungku Tun Aminah.
Pada Tahun 2010, Krt Zon Perwira sepakat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela Zon Perwira yang Diketuai En Badat Bin Deran sebagai Ketua SRS Zon Perwira. Penglibatan dan aktiviti memberangsangkan yang telah menyebabkan SRS Zon Perwira dianugerahkan Anugerah Skim Rondaan Sukarela Berintegriti peringkat negeri Johor pada tahun 2011.
Kini, Kawasan Rukun Tetangga Zon Perwira bergerak lancar seiring dengan matlamat Pengarah Jpnin dengan mengelola Tabika Perpaduan dan Skim Rondaan Sukarela dibawah pengurusan Krt Zon Perwira. Kawasan Rukun Tetangga Zon Perwira juga merupakan Jawatankuasa Permuafakatan (JPKRT) Iskandar Puteri yang diwakili En Syamsul Eamran Bin Hj Tahir merupakan Timbalan Pengerusi JPKRT Iskandar Puteri.
VISI DAN MISI
Menjadi sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang unggul untuk perpaduan bangsa, berwawasan dan budaya maju.
Memupuk kefahaman dan semangat muhibah melalui jaringan dan interaksi sosial kearah pembentukan rakyat malaysia yang bersatu padu berindentiti nasional.
SENARAI PENGERUSI KRT ZON PERWIRA
Almarhum Cikgu Sutahar Bin Mori (1997-2011)
En Badat Bin Deran (2012-2015)
En Syamsul Eamran Bin Hj Tahir (2016-Kini)
SENARAI KETUA SKIM RONDAAN SUKARELA ZON PERWIRA
En Badat Bin Deran (2011-2013)
En Sajoli Bin Suratman (2013-Kini)
En Vathna Kumar (Pembantu Ketua) (2011-2018)
ANUGERAH & PENGHARGAAN
Anugerah Skim Rondaan Sukarela Berintegriti Negeri Johor (2011)
Penghargaan Ahli Majlis Whip MPJBT (2015)
ANUGERAH & PENGLIBATAN
Bengkel TOT SEKATA Fasilitator (2010)
Program Cegah Jenayah SEKATA Remaja (2012)
Program Cegah Jenayah SEKATA Dewasa (2012)
Program Gotong Royong bersama KKM dan Combi (2013)
Program Cegah Jenayah SEKATA Remaja SMKTS (2014)
Program Gotong Royong bersama Masjid Khadijah, MPJBT (2014)
SRS Zon Perwira juga terlibat mengawal lalu lintas dan Kerja Sukarela ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Program Aqiqah Qurban Masjid Khadijah
(2011-2016)